Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KP Imigresen tentukan pengkritik boleh keluar negara atau tidak

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata beliau boleh mementukan sama ada seseorang pengkritik kerajaan boleh meninggalkan negara ini atau tidak.

Justeru, kata Sakib, senarai dibuat jabatan itu ke atas individu yang dilarang meninggalkan negara ini dilakukan mengikut bidang kuasa yang ada, selain nasihat daripada agensi penguatkuasaan lain.

"Ketua pengarah imigresen memang ada kuasa untuk membenarkan atau tidak membenarkan seseorang itu keluar negara.

"Kalau polis rasa orang berkenaan berbahaya, walaupun belum lagi (didakwa) di mahkamah, kita boleh ambil tindakan (melarang mereka meninggalkan Malaysia)," katanya kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang hari ini.

Sakib diminta mengulas lanjut berhubung kenyataannya sebelum ini berhubung larangan perjalanan ke luar negara yang dikenakan pihak berkuasa ke atas pengkritik kerajaan.

Mengikut Seksyen 3 (2) Akta Imigresen, seseorang ketua pengarah jabatan itu diberi kuasa penyeliaan dan arahan berhubung hal ehwal imigresen di seluruh Malaysia. 

Akta sama turut memberi ketua pengarah terbabit kuasa melarang seseorang memasuki Malaysia, namun tiada sebarang peruntukan khusus berhubung larangan meninggalkan negara ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS