Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM gurau hadir program PERMATA bukan kerana isteri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu Program PERMATA Negara diperluaskan di seluruh negara menerusi penubuhan lebih banyak pusat dan program pendidikan.

Presiden Umno itu berkata ia bagi memastikan program pendidikan awal kanak-kanak yang bermula sejak 2006 itu dapat diterapkan hingga ke akar umbi.

"Saya boleh sahaja tidak mahu hadir ke program ini tetapi saya mengambil keputusan untuk datang. Tetapi bukan kerana Rosmah Mansor isteri saya, tetapi sebab program PERMATA,” katanya berseloroh.

"Justeru, saya mahu melihat lebih banyak pembabitan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan inisiatif ini," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa PERMATA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi ini.

Rosmah, sebagai penaung PERMATA turut hadir dalam persidangan tiga hari ini bermula hari ini yang bertemakan 'Children Beyond Tomorrow'.

Persidangan kali ini juga turut menggabungkan kesemua tujuh bidang PERMATA meliputi PERMATA Negara, PERMATA Pintar, PERMATA Seni, PERMATA Insan, Perkasa Remaja, PERMATA Kurnia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak PERMATA.

Najib berkata anak adalah anugerah paling berharga dan perlu diberi peluang mengembangkan bakat demi masa depan yang baik.

Kata Najib, pelaksanaan tersebut juga selaras dengan falsafah program PERMATA bahawa setiap kanak-kanak adalah berharga dan tiada kanak-kanak yang tercicir.

Lihat Komen
ADS