Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pua: 'You' tak suka muka saya, Sakib?
Diterbitkan:  May 31, 2016 3:24 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata, berdasarkan undang-udang, beliau boleh menentukan sama ada seseorang pengkritik kerajaan boleh meninggalkan negara ini atau tidak.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, yang dilarang keluar negara sejak Julai 2015 tanpa alasan diberikan, bagaimanapun tidak dapat menerima perkara itu.

“Kita sepatutnya ada kedaulatan undang-udang. Tetapi kita diperintah ikut suka hati.

“Kenapa saya disekat? Kerana kamu tak suka muka saya?” soalnya di Facebook susulan kenyataan Sakib pagi ini.

Pua, yang memfailkan semakan kehakiman terhadap sekatan itu, berkata beliau bukannya ditangkap atau disyaki terlibat dalam kes jenayah.

Mahkamah akan mendengar penghujahan berkaitan kesahan larangan itu pada 28 Julai depan.

Pua berhujah bahawa larangan itu melebihi bidang kuasa Jabatan Imigresen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan sebelum ini menjelaskan sekatan itu dibuat terhadap pihak yang mengancam keselamatan atau melakukan kesalahan bertentangan dengan perlembagaan.

Sakib berkata, senarai jabatan itu dilakukan mengikut bidang kuasa yang ada, selain nasihat daripada agensi penguatkuasaan lain.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS