Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terkejut dan lega kerana Ridhuan Tee
Diterbitkan:  May 31, 2016 5:50 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie menyatakan rasa terkejutnya apabila mengetahui pendakwah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah pernah menjadi anggota seumur hidup parti itu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Heng lega susulan Ridhuan membuat keputusan keluar parti.

“Jika tidak, mempunyai sosok ekstrimis dan rasis seperti beliau boleh menjadi api dalam sekam... yang akan memalukan MCA, BN dan seluruh negara,” katanya.



Selepas membaca dakwaannya ketika keluar parti, Heng berkata Ridhuan tidak layak memakai identiti anggota MCA walaupun sudah menyertai parti itu 16 tahun lalu.

Katanya, Ridhuan tidak memahami visi dan misi MCA untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu dan komuniti lain bagi membangunkan negara ini sebagai “satu negara, satu kerajaan”.

Ridhuan kelmarin memberitahu Malaysiakini, beliau keluar MCA kerana membantah penentangan berterusan parti itu terhadap hudud dan enggan “menanggung dosa” kerananya.

Ridhuan juga dilaporkan menyifatkan MCA terlalu perkauman dan “menjadi musuh Islam".

Ketegangan dalam BN muncul kembali selepas kerajaan mengusulkan untuk mempercepat rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah bagi memberi lebih kuasa padanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS