Rakyat British mengaku salah penderaan seksual di KL
Seorang rakyat British dilapor mengakui pertuduhan melakukan penderaan seksual kanak-kanak, kebanyakannya melibatkan masyarakat miskin di Kuala Lumpur.
Saluran berita British BBC melaporkan, tertuduh Richard Huckle, 30, dipercayai terlibat dalam kes itu antara 2006 hingga 2014 terhadap lebih 200 kanak-kanak.
Mangsanya pula dikatakan berumur daripada semua enam bulan sehingga 12 tahun.
BBC hari ini melaporkan bahawa Huckle sedang menjalani pendengaran hukuman di Mahkamah Jenayah Pusat England dan Wales, United Kingdom sejak semalam.
Prosiding itu dijangka selesai esok.
Hakim Peter Rook sebelum ini berkata beliau menimbangkan hukuman penjara seumur hidup.
Huckle berdepan 91 pertuduhan, 23 melibatkan kanak-kanak di Kuala Lumpur. Jurugambar separuh masa itu bagaimanapun hanya mengakui bersalah terhadap 71 pertuduhan.
Menurut AFP, pertuduhan termasuk 14 tuduhan rogol dan 31 serangan seksual.
BBC melaporkan Huckle pertama kali melawat Malaysia pada umur 18 dan 19 tahun untuk melalukan kerja-kerja kemasyarakatan.

