Lutfi: Tiada berita dari BPR mengenai aduannya terhadap Khir Toyo
Terjemahan Bekas pengarang dan aktivis sosial Ahmad Lutfi Othman berkata hari ini, beliau masih belum menerima sebarang khabar berita dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa aduannya terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Terjemahan Bekas pengarang dan aktivis sosial Ahmad Lutfi Othman berkata hari ini, beliau masih belum menerima sebarang khabar berita dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa aduannya terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Laporan pertama dibuatnya kepada BPR pada 23 Oktober 2001.
"Mereka tidak memaklum kepada saya mengenai sebarang perkembangan baru atau memanggil saya untuk memperjelaskan aduan saya badan itu sejak 2001. Sejak itu, saya telah menfailkan lima hingga tujun laporan, sama ada untuk memberi maklumat terperinci (mengenai dakwaan yang dibuat) atau membuat aduan baru," katanya kepada malaysiakini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak terperanjat dengan apa yang berlaku "kerana saya sudah menjangkanya...," katanya.
Lutfi yang kini menjadi pengamal media bebas, pernah menjadi editor majalah Muslimah, Tamadhun, Al-Wasilah, and lamanweb detikdaily, sebelum menjadi jurucakap kepada Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami).
Laporannya kepada BPR pada tahun 2001 berhubung sembilan dakwaan kes salahguna kuasa dan rasuah oleh Menteri Besar Selangor Lutfi mendakwa 400 ekar tanah di Bukit Cerakah, Shah Alam dianugerahkan pada tahun 2000 kepada empat syarikat yang mempunyai lembaga pengarah yang sama.
Laporan itu mendakwa, ketika rakyat Selangor memerlukan tanah, Menteri Besar dengan mudah dan secara mendadak, telah meluluskannya segelintir pemohon.
Persoalannya, kata laporan tersebut, apakah kriteria di mana (seorang pengarah) telah dipilih, bersama empat rakannya, untuk menerima 400 ekar tanah, seolah-olah mereka ini begitu istimewa untuk menerima durian runtuh itu.
Bukit Cerakah, yang kini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya, telah menjadi tumpuan awam berikutan laporan mengenai pembangunan yang tidak terkawal di kawasan sekitarnya.
Fokus pada kuasa MB
Bagaimanapun, Lutfi percaya, fokus pihak media lebih tertumpu kepada soal kerosakan alam di sekitar di Bukit Cahaya, sedangkan punca utamanya, iaitu kuasa dan budibicara Menteri Besar untuk menganugerahkan tanah, tidak diberi perhatian.
"Bagi saya, ianya bukan mengenai penebangan pokok atau curam, kerana mesti ada zon penampan di antara hutan simpan dan tanah yang hendak dimajukan.
"Persoalannya ialah, mengapa tanah diberi dengan begitu mudah kepada pemaju atau syarikat? Apa yang saya ingin lakukan ialah untuk membawa pembaharuan, bagaimana tanah hendak dianugerah atau diluluskan," kata Lutfi.
Katanya, ketika rakyat biasa terpaksa melalui proses yang ketat dan memakan masa yang lama bagi menentukan kelayakan mereka untuk memiliki rumah pangsa kos rendah, ada individu-individu tertentu yang mendapat keistimewaan untuk mendapatkan kelulusan menteri besar.
Satu lagi kes yang ditimbulkan dalam laporan 2001 itu, ialah dakwaan bahawa empat pengarah syarikat yang berusia 20 tahun mendapat 50 ekar tanah setiap seorang di Kuala Langat selepas mendapat kelulusan menteri besar.
"Bagaimanakah permohonan mendapatkan tanah bernilai berjuta-juta ringgit, oleh empat pengarah tersebut yang berusia 20-an, boleh diluluskan semudah itu," tanya Lutfi.
Beliau percaya syarikat-syarikat asal di Bukit Cahaya dan Kuala Langat dipilih dan diberi tanah kerana mereka tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang tertentu dalam kerajan negeri.
Bagaimanapun, kata Lutfi, selepas itu, pengarah-pengarah syarikat terbabit akan dibayar dan syarikat itu dibeli oleh pemaju sebenar yang mempunyai kaitan dengan pengawai-pegawai negeri, kerana harga tanah tersebut yang tinggi.
"Saya telah bercakap dengan salah seorang pengarah berusia 20 tahun itu. Dia memberitahu saya yang dia tidak tahu menahu yang tidak telah mendapat tanah itu. Bagaimanapun, dia mendapat tahu juga kemudiannya apabila diminta menandatangani dokumen yang dia bersetuju tanah itu dipindah hakmilik kepada syarikat lain."
"Kami mendapati banyak pemaju tanah hari ini bukanlah merupakan syarikat asal yang mendapat tanah tersebut," katanya.
Tekanan terhadap Khir
Sementara itu, parti pembangkang DAP terus meningkatkan desakannya supaya Khir meletakkan jawatannya berikutan isu Bukit Cahaya itu.
Seorang pemimpin DAP Selangor, Ong Chee Keng berkata adalah mustahil menteri besar tidak menyedari kerosakan alam sekitar di Bukit Cahaya kerana taman pertanian dapat dilihat dengan jelas dari pejabatnya.
Semalam, Khir yang mendakwa tidak mengetahui mengenai kelulusan yang diberikan untuk rancangan pembangunan di Bukit Chahaya, menggesa supaya dijalankan siasatan bagi mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubung kegiatan haram itu.
"Apabila PKNS merupakan salah satu pemaju yang merosakkan alam sekitar, siasatan tidak perlu dilakukan kerana menteri besar sendiri, selaku pengerusi PKNS adalah bertanggungjawab. Apatah lagi beliau melihatkan kerosakan itu dilakukan setiap hari," kata Ong dalam satu kenyataan.
Akhbar The Star hari ini menamakan PKNS sebagai antara tiga pemaju yang didenda oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melakukan kerja-kerja tanpa kebenaran itu. Dua lagi ialah Dacing Kota dan Restu Mantap.
Pemaju keempat, Green Hill View Development, tidak mengaku salah dan kesnya akan didengar pada 4 Mei depan. Dua lagi syarikat akan didakwa di mahkamah Selasa ini.

