Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Umno akan menyokong pindaan akta mahkamah syariah yang dikemukakan presiden PAS di Dewan Rakyat.

“Oleh kerana Umno mahu sokongan PAS, mereka akan setuju dengan PAS.

“Waktu saya (pimpin Umno) dulu, mereka tidak akan setuju,” kata bekas presiden Umno dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya pemberita sama ada rang undang-undang persendirian itu sebahagian daripada “helah” Umno.

Rang undang-undang yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

Walaupun dinafikan sebagai hudud, pindaan itu dapat memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan, kecuali melibatkan hukum bunuh.

Lihat Komen
ADS