Najib hanya tiru, teruskan legasi Dr M, sindir PSM
Dengan nada sindiran, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim berkata, kerjasama antara pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bukti kepada kekurangan kepimpinan berkualiti dalam pakatan pembangkang.
Beliau menegur para pemimpin berkenaan yang bergantung kepada 'seseorang' - dia itu yang melemahkan institusi negara pada awalnya - atas nama Deklarasi Rakyat.
"Beberapa tulisan dan forum telah mengutuk (kerjasama) ini, dan mendedahkan kekurangan di kalangan pemimpin berkemampuan dalam barisan pembangkang.
"Mereka terpaksa bergantung kepada Mahathir - seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti penyesalan. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan telah melemahkan institusi kerajaan.
"Pentadbiran beliau menjadikan apa yang dikatakan sebagai masalah - penindasan, rasuah, dan keangkuhan - menjadi suatu kebiasaan pada hari ini ," ujar beliau dalam ucapan dasar presiden pada Kongres Kebangsaan PSM di Shah Alam.
Nasir menambah, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya meneruskan legasi Mahathir.

