Terjemahan Pihak Kastam Hong Kong membuat rampasan terbesar dadah jenis ketamine serta menangkap empat rakyat Singapura dan tiga rakyat Malaysia Ahad dan Isnin lalu.

Dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan di tiga lokasi lain, pihak berkuasa merampas 87.5 dadah ketamine gred tinggi yang dianggarkan bernilai AS$3.8 juta, demikian menurut satu kenyataan pihak kastam negara itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak kastam telah berjaya "melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ketamine antarabangsa".

Pesuruhjaya Kastam Timothy Tong berkata, beliau tidak menolak kemungkinan dadah itu mungkin hendak dihantar ke tanah besar China.

"Bahagian perisikan mendedahkan wujudnya trend untuk menyeludup ketamine ke Hong Kong dan Tanah Besar, yang bersumberkan dari negara-negara Asia Tenggara, terutama India dan Malaysia, sepertimana terbukti dengan rampapsan 94.7 kilogram ketamine sehingga 2005, berbanding rampasan 4.8 kilogram pada 2004," kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan nama mereka yang ditangkap, tetapi berkata mereka akan didakwa kerana mengedar dadah merbahaya, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Menurut pihak Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat, ketamine adalah bahan penenang yan biasanya digunakan ke atas binatang dan juga popular di kalangan pengunjung kelab malam. AFP