Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesa golongan muda di negara ini untuk menceburi perniagaan atas talian dalam usaha menambah pendapatan mereka.

Katanya, beliau sangat teruja mengenai perniagaan atas talian kerana sekarang terdapat banyak kisah kejayaan yang menakjubkan.

“Saya sangat teruja dengan e-Usahawan dan e-Rezeki, saya telah diceritakan beberapa kisah kejayaan yang menakjubkan.

“Saya seru anak-anak muda untuk menyertai e-Dagang dan saya benar-benar mahu mereka benar-benar berjaya untuk menjadi juara dunia,” katanya.

Najib berkata demikian dalam sesi soal jawab dengan CEO Catcha Group Patrick Groove di Wild Digital Conference di Kuala Lumpur.

Najib turut berkongsi kisahnya membeli kek lapis pada pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu dan mendapat tahu peniaga berkenaan benar-benar berjaya dengan menggunakan Internet untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Semasa pilihan raya negeri Sarawak saya pergi ke kedai lapis kuih dalam Kuching. Di dinding, dia (peniaga) gantung gambar mereka bercuti di California, Selatan Perancis.

“Dia mampu untuk melakukannya dengan hanya menjual kek lapis atas talian… anda boleh menjadi yang kaya,” katanya.