Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ditutup pada Isnin dan Selasa depan (13 dan 14 Jun) bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Hentian Sebelah Juru (arah selatan) di KM141.80 akan ditutup dari pukul 7 pagi hingga 5 petang Isnin, sementara Restoran Jejantas Penanti (arah timur) di KM6.50 Lebuhraya Butterworth-Kulim ditutup dari 7 pagi hingga 2 petang pada hari yang sama, menurut kenyataan PLUS hari ini.
Pada hari Selasa, kawasan R&R Gunung Semanggol (arah selatan) di KM194.60 ditutup bermula 8 pagi hingga 5 petang, manakala Hentian Sebelah Sungai Bakap (arah utara) di KM158.20 ditutup dari 7 pagi hingga 2 petang.
"Semua gerai, kiosk dan kemudahan lain akan ditutup kecuali tandas, surau dan stesen minyak," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, PLUS berkata hanya stesen minyak di Restoran JejantasAyer Keroh (arah utara) di KM210.0 akan beroperasi, manakala semua gerai, kiosk dan kemudahan lain ditutup dari pukul 9 pagi hingga 4 petang pada Selasa depan.
- Bernama
