Pemimpin persekutuan yang menabur janji atau ikrar kepada rakyat mengenai projek pembangunan atau geran semasa pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei lepas kini perlu mengotakannya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol.

Abdullah, yang juga ketua setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata rakyat negeri itu mengharapkan lebih banyak dana daripada kerajaan pusat bagi membantu menyemarakkan lagi pelaksanaan program transformasi luar bandar di negeri ini.

Bercakap pada sidang media di Kuching semalam, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak boleh mengambil mudah dan bersikap selesa dengan prestasi cemerlang memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri itu.

"Mungkin, faktor utama kemenangan besar yang dicapai itu adalah kerana populariti peribadi Adenan dan usaha yang beliau lakukan untuk mengukuhkan dan menyatukan Sarawak,"katanya.

- Bernama