Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: "Selamat hari lahir, saya sayang bonda"
Diterbitkan:  Jun 12, 2016 10:35 AM
Dikemaskini: 2:39 AM

"Thank you for everything Mummy. Happy Birthday, I love you" (Terima kasih untuk segalanya bonda. Selamat Hari Lahir, saya sayang bonda).

Itu ucapan selamat ulang tahun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ibu tersayang, Tun Rahah Mohammad Noah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-83 hari ini.

Ucapan selamat ulang tahun itu dibuat perdana menteri dalam catatan Twitter dan laman sosial Facebooknya, malam ini.

Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama ibu dan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

"Gambar kegemaran, saya berusia setahun dan dalam dakapan bonda. Ketika melahirkan saya, bonda baru berusia 20 tahun," catatnya.

Najib berkata walaupun menjadi isteri dan ibu pada usia begitu muda, dan dengan dikurniakan empat lagi anak lelaki selepas beliau, yang menurut Najib semuanya nakal-nakal, ibunya itu membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna.

Empat adik Najib ialah Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam, Datuk Mohamed Nazim dan Datuk Seri Mohamed Nazir.
Tun Rahah dilahirkan di Muar, Johor pada 11 Jun 1933.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS