Sementara BN telah dijangkakan mengekalkan kedua-dua kerusi pilihan raya kecil berkembar dengan sesi berkempen telah memasuki pusingan akhir, persoalan kini ialah margin kemenangan yang boleh diraih parti itu.

Ketua Eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuasa, Praba Ganesan berkata, pihaknya meramalkan BN bakal menang Kuala Kangsar dengan lebih daripada 50 peratus undi tetapi tidak di Sungai Besar.

Ramalan ini berlandaskan fakta yang memperlihatkan kerana kedua-dua kawasan pilihan raya mempunyai tahap pertumbuhan ekonomi yang berbeza, jelasnya.

Praba berkata, pengundi Kuala Kangsar lebih cenderung untuk menyokong BN dengan pengagihan 'gula-gula' daripada kerajaan pusat ekoran pembangunan bandar diraja yang telah ketinggalan.

Ujar beliau, BN telah menganugerahkan status universiti penuh kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan turut berjanji memperuntukkan RM49 juta untuk projek tebatan banjir Kuala Kangsar.

"Sebagai (kerajaan BN) membuat janji-janji (membangunkan) Kuala Kangsar, kami merasakan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid akan menang.

"Beliau mungkin mendapat lebih 50 peratus undi," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, petang ini.

Walau bagaimanapun, ramalan berbeza bagi pilihan raya kecil Sungai Besar kerana kawasan itu adalah dari segi ekonomi lebih maju daripada Kuala Kangsar, kata Praba.

[Baca berita penuh]