Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai Rosmah dilarang hadir sidang media Rafizi

Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor tiba di Kuala Kangsar sebentar tadi dari Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang akhbar oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk membuat pendedahan berterusan penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Rizal memberitahu Malaysiakini bahawa kehadirannya sekadar mengambil nota supaya boleh menyediakan jawapan berhubung tuduhan Rafizi itu.

“Sejak minggu lepas (perhatikan) Rafizi tiga hari berturut-turut menyebut tentang penggunaan jet Datin Seri Rosmah ke Turki dan selama tiga hari itu saya hanya laporan media.

“Laporan media boleh jadi mungkin tak tepat bukan tak betul dan mungkin tak sepenuhnya. Jadi, apabila saya dimaklumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media saya mengambil keputusan untuk datang ke sini (Kuala Kangsar), dengar sendiri serta mengambil nota akan apa yang dia nak katakan

“Supaya saya dapat sediakan jawapan yang secukup dan sepatutnya, itulah tujuan saya datang,” katanya.

Semalam, Rafizi mengumumkan satu ceramah khas akan diadakan bagi mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai penggunaan jet mewah oleh Rosmah dalam perjalanan ke ke Istanbul, Turki.

Beliau juga berkata jentera pilihan raya PKR akan turut melancarkan satu replikasi jet mewah yang akan menjadi daya tarikan utama dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Bagaimanapun kehadiran Rizal hari ini dilarang oleh petugas Pakatn Harapan. Beliau dilarang naik ke atas ibu pejabat AMANAH di Kuala Kangsar, tempat sidang akhbar berkenaan dijadualkan.

 

Lihat Komen
ADS