Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kenaikan harga barangan pada bulan Ramadan bukan disebabkan oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi sikap orang ramai, kata Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad hari ini.

Ibrahim berkata orang ramai membeli melebihi keperluan mereka pada bulan puasa, yang menyaksikan permintaan yang tinggi dan bekalan yang rendah sehingga harga pula meningkat.

“Biasanya beli beras 3kg, tapi bulan puasa beli 10k. Telur biasa beli satu papan tiba-tiba beli tiga papan.

“Tapi dalam puasa kenapa beli banyak? Sebab nak puasa, tak makan. Saya tahu pasal isteri saya pun begitu,” katanya kepada kira-kira 100 kakitangan awam dan guru di ceramah mengenai isu-isu nasional di Sungai Besar hari ini.

Beliau berkata hutang negara juga tinggi kerana orang ramai hidup di luar kemampuan mereka.

"Kerani mahu hidup seperti pengarah jabatan.

"Di Malaysia, orang ingin membeli tiga kereta walaupun mereka tidak mempunyai wang kerana bank-bank memberikan mereka pinjaman."

Beliau berkata perbelanjaan berlebihan menyumbang kepada hutang negara yang terdiri daripada hutang isi rumah, hutang syarikat, dan hutang kerajaan.

Ibrahim berkata pada lazimnya Malaysia hidup mewah dan dengan itu mereka harus bersyukur kerana ramai warga asing yang mahu menjadi rakyat negara ini.

Penceramah lain pada majlis itu termasuk Ketua 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan pegawai kanan polis anti-keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Calon BN Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi juga hadir pada acara tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS