Dengan kurang daripada 24 jam sebelum penduduk Kuala Kangsar mula keluar mengundi esok, masih ramai pengundi Melayu di kawasan itu masih sukar membuat keputusan parti mana walaupun BN dikatakan mempunyai kelebihan.

Ini berdasarkan kepada tinjauan di kalangan pengundi Melayu di kawasan DUN, Manong dan DUN Bukit Chandan yang ditemui Malaysiakini.

Walaupun pengundi Cina disebut-sebut sebagai faktor penentu dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, namun dengan lebih daripada 20,000 pengundi Melayu berdaftar atau tiga kali jumlah pengundi Cina, adalah jelas pengundi Melayu akan memberi kesan kepada parti mana yang akan menang atau kalah esok.

Digelar sebagai bandar diraja, penduduk dalam kawasan separa bandar itu tidak terlalu terkesan dengan isu-isu nasional seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Ini dibuktikan jika melihat contoh oleh seorang penjual petai dan buah, Azilah Mat Isa.

Ketika ditanya pendapat beliau mengenai isu-isu tersebut, beliau yang kini berusia 43 tahun berkata, ia tidak mempengaruhi parti mana yang bakal dipilihnya esok.

Walaupun mengakui bahawa beliau adalah penyokong Umno, Azilah bagaimanapun berkata, beliau masih belum membuat keputusan parti mana akan dipilih esok.

Walaupun isu nasional tidak mempengaruhi kecenderungan mengundi beliau, ibu kepada empat itu, bagaimanapun, tetap mengeluh mengenai aspek pengurusan ekonominya.

"Ia tidak seteruk ini semasa era (bekas perdana menteri, Dr) Mahathir (Mohamad) kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Dahulunya penoreh getah, beliau terpaksa berhenti kerja kerana kejatuhan harga getah. Kini, beliau terpaksa menjual petai, Azilah berkata, pembeli mengadu mengenai harga petai yang mahal.

"Petai saya ambil dari Perlis, saya jual 20 hingga 30 tangkai dalam sehari, jadi, saya dapat sekitar RM100 ke RM150 setiap hari.

"Ini tidak cukup, harga semua naik. Saya harap harga akan turun - mudah-mudahan BN boleh membantu rakyat dalam isu ini," katanya.

Bagi penoreh getah, Hasbollah Nordin, 70, pula yang telah menjadi pengundi PAS sejak 1960-an, beliau juga belum pasti parti mana yang akan dipilihnya esok.

Ketika ditemui Malaysiakini, seperti Azilah, Hasbollah juga mengakui tidak memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Sebaliknya, beliau mengeluh mengenai kejatuhan harga getah setelah hanya mendapat pendapatan sebanyak RM400 sebulan.

Namun ekoran faktor usia, beliau tidak keluar menoreh getah setiap hari disebabkan kerap sakit badan.

Terkesan GST

Dalam para itu, seorang penyokong BN, Rahimahwati Ibrahim mengakui bahawa dia telah terkesan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST) apabila ia mula dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau turut menyedari bahawa sistem cukai itu adalah demi kebaikan negara sambil memetik negara-negara maju lain yang mempunyai GST di tempat mereka.

[Baca berita penuh]