Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Skandal PM, isteri beri kelebihan buat AMANAH - penganalisis
Diterbitkan:  Jun 17, 2016 6:19 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Pakatan Harapan berkempen dalam pusingan terakhir bagi menarik pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan tinggal tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari mengundi.

Sejak dua minggu lalu, para pemimpin pembangkang memainkan isu skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai sebahagian daripada kempennya.

Pembangkang turut dibantu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meningkatkan peluang AMANAH mengalahkan BN dan PAS.

Tinjauan awal menunjukkan BN sedang mara menuju kemenangan di Sungai Besar, dengan pihak pembangkang seolah-olah gagal memberikan daya tarikan kepada pengundi.

Ceramah-ceramah yang dijalankan oleh PAS dan AMANAH gagal untuk menarik hadirin melebihi 200 orang.

Bagaimanapun, pemerhati politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, isu skandal berkenaan mungkin memberi kelebihan kepada AMANAH di Sungai Besar.

"Kesan tersebut dirasai terutama sekali di kalangan masyarakat kelas pertengahan dan pengundi Cina," ujar Awang Azman kepada Malaysiakini, sambil menambah BN juga sedang bekerja keras untuk menangani kesan itu.

Namun, jelasnya, majoriti pengundi di kerusi separa luar bandar adalah lebih prihatin tentang isu-isu lain dan lebih mudah tertarik dengan 'bantuan sementara' dari BN.

Sementara itu, penganalisis politik, Tang Ah Chai pula merasakan AMANAH bermula sebagai lawan yang paling lemah di kalangan tiga parti yang bertanding di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, jelas beliau, AMANAH seolah-olah telah memacu terkehadapan berbanding PAS dan dapat memecahkan sokongan asas terhadap parti Islam itu.

"BN masih mempunyai kelebihan, tetapi Amanah turut mengejar hampir," kata Tang.

Keadaan ini membuatkan BN berpeluh jua, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS