Penyokong anti-peperangan kutuk tindakan polis
Terjemahan Beberapa saat selepas siren amaran dibunyikan, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terus menyembur air bercampur bahan kimia ke arah orang ramai yang menyertai demonstrasi di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur semalam kerana membantah tahun kedua pencerobohan ke atas Iraq.
Terjemahan Beberapa saat selepas siren amaran dibunyikan, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terus menyembur air bercampur bahan kimia ke arah orang ramai yang menyertai demonstrasi di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur semalam kerana membantah tahun kedua pencerobohan ke atas Iraq.
Kira-kira 400 orang yang berada di situ tidak sempat berlindung dari dihujani semburan air tersebut serta gas pemedih mata, manakala kira-kira 120 anggota FRU bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya. Akibatnya, ramai yang pedih mata dan merasa loya.
Mereka yang beredar dari kawasan itu, mengutuk tindakan polis tersebut, dan menyifatkan tindakan itu sama seperti 'kekejaman serangan Amerika ke atas Iraq'.
Demonstrasi tersebut yang diadakan sempena hari bantahan sedunia terhadap penaklukan Iraq, sejak pencerobohan oleh tentera Amerika dan sekutunya pada 19 Mac 2003 bermula pada jam 10.40 pagi. Pasukan FRU mula bertindak pada jam 11.10 pagi dalam suasana yang boleh dipertikaikan.
Bantahan tersebut dianjurkan oleh parti pembangkang, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP and PAS serta badan-badan bukan kerajaan.
Mereka yang mengadakan bantahan itu termasuklah yang berumur enam tahun hingga lebih 70 tahun, dengan sesetengahhnya datang dari Ipoh dan Pulau Pinang.
Tiada provokasi
"Lihatlah demokrasi di Malaysia....kami cintakan negara kami dan keadilan, tetapi....," kata pemimpin penaja PSM, Dr Jeya Kumar Devaraj ketika beredar dari situ, dalam keadaan basah kuyup dan jelas kecewa yang apa yang telah berlaku.
Setiausaha PRM, S Arutchelvan pula turut mengkritik tindakan polis itu, sambil berkata: "Terdapat wanita, kanak-kanak dan golongan orang tua yang menyertai perhimpunan tersebut. Tidak ada provokasi langsung...tapi mereka menyembur air bercampur bahan kimia. Mereka mahu menyeksa kami."
Sebelum itu, beliau telah merunding dengan seorang pegawai polis dari Balai Daerah Dang Wangi Shafie Muhamad untuk mendapatkan kebenaran untuk bantahan itu selama sejam. Keputusan itu bagaimanapun dibatalkan oleh Ketua Polis Cheras Mohd Nor Masdar, yang memberi tempoh selama 15 minit untuk orang ramai beredar dari situ.
Manakala Pengerusi PSM, Mohamad Nasir Hashim pula mempersoalkan profesionalisme pihak polis kerana gagal mematuhi prosidur sebelum mengambil sebarang tindakan.
Bagaimanapun, Mohd Nor memberitahu wartawan bahawa mereka yang berhimpun di situ tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian, dan adalah hak polis untuk bertindak sebaik sahaja amaran diberikan.
Pencerobohan Iraq dikutuk oleh banyak negara di dunia, terutama kerajaan negara-negara Islam. Walaupun pilihanraya umum telah diadakan di Iraq, tetapi tentera Amerika dan sekutunya masih ditempatkan di negara yang kaya dengan simpanan minyak itu yang sebelum ini diperintah oleh Saddam Hussein, yang kini seorang tahanan.
Foto oleh Colin Nicholas dan Roshan Jason.

