Seri Paduka mahu negara kurang bergantung pada pekerja asing
Terjemahan Malaysia mesti mengurangkan pergantungannya kepada tenaga kerja asing, kata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin, berikutan kekurangan tenaga kerja yang serius selepas pekerja tanpa izin pulang bagi mengelak ditahan di bawah gerakan menangkap rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram.
Terjemahan Malaysia mesti mengurangkan pergantungannya kepada tenaga kerja asing, kata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin, berikutan kekurangan tenaga kerja yang serius selepas pekerja tanpa izin pulang bagi mengelak ditahan di bawah gerakan menangkap rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram.
Menurut laporan AFP , ketika bertitah di istiadat pembukaan penggal kedua Parlimen kesebelas hari ini, Seri Paduka bertitah, baginda memandang berat kehadiran ramai pekerja asing di negara ini,
Oleh itu, baginda menitahkan supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan penggantungan negara terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor, dan mahukan rakyat Malaysia dilatih supaya berdikari.
Ops Tegas yang dilancarkan mulai bulan ini telah menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga kerja yang meruncing dalam pelbagai industri. Menurut laporan, kira-kira 200,000 diperlukan dalam sektor pembuatan, 150,000 (pembinaan), 50,000 (perladangan) dan 20,000 (sektor perkhidmatan),
Sepanjang tempoh pengampunan selama tiga yang berakhir pada 1 Mac lalu, hampir 400,000 pendatang tanpa izin sebahagian besarnya dari Indonesia manakala yang lainnya dari Filipina, Burma, Bangladesh, India dan Sri Lanka telah pulang ke negara masing-masing.
Menurut Seri Paduka, penggantungan negara terhadap pekerja asing boleh dikurangnya dengan meningkatkan automasi dalam proses kerja dan menarik rakyat tempatan ke sektor-sektor yang kini dikuasai oleh pekerja asing.
Manakala langkah untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin, titah baginda, boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika penguatkuasaan yang diambil oleh pelbagai agensi dapat diselaraskan.
Membanteras rasuah
Seri Paduka juga menegaskan bahawa Malaysia akan terus memperhebatkan usaha membanteras rasuah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Oktober 2003.
Walaupun negara itu mencapai banyak kejayaan dalam membanteraskan rasuah, tetapi Seri Paduka bertitah bahawa negara tidak boleh berpuashati dengan apa yang telah dicapai itu dan menegaskan penguatkuasaan dan hukuman terhadap mereka yang terbabit akan diterus dilaksanakan.
Sementara itu, Bernama pula melaporkan baginda bertitah, matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 akan lebih bermakna melalui pendekatan Islam Hadhari.
"Walaupun pendekatan secara ini memakan masa, kita harus yakin bahawa dengan pendekatan ini, matlamat Wawasan 2020 akan kita capai dengan lebih bermakna lagi," titah baginda.
Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan Abdullah semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2002, bukanlah satu mazhab baru atau ajaran baru.
Sebaliknya titah baginda, ia merupakan pendekatan untuk membangunkan ummah tanpa
mengurangkan prinsip-prinsip asas ajaran Islam, sambil menegaskan bahawa Islam Hadhari juga tidak menjejaskan konsep kebebasan beragama di negara ini.
Mengenai isu makanan dan produk halal, Seri Paduka turut mengingatkan supaya "piawaian halal yang ditetapkan tidak menimbulkan keraguan sehingga boleh menjejaskan Malaysia sebagai pusat pengeluaran makanan halal dunia."
Bencana tsunami
Selain itu, titah baginda, pengusaha makanan dan produk halal Malaysia yang dipandang tinggi oleh negara-negara Islam, hendaklah meningkatkan usaha mereka agar perniagaan penting ini terus mantap.
Seri Paduka juga menyentuh mengenai rancangan mengadakan pusat latihan kewangan Islam antarabangsa bagi melahirkan pakar kewangan Islam, selaras dengan hasrat negara untuk menjadi pusat perkhidmatan kewangan Islam antarabangsa.
Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap mangsa bencana ombak besar tsunami pada 26 Disember lalu.
Titah baginda kesediaan rakyat negara ini dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa terutamanya di Aceh dan Sri Lanka amat terpuji.
Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid yang merakamkan ucapan takziah kepada mangsa tsunami turut mengucap syabas kepada kerajaan dan Perdana Menteri yang bertindak segera bagi meringankan penderitaan mangsa-mangsa tsunami serta membolehkan mereka memulakan hidup baru.
"Langkah-langkah seperti membaik pulih dan membina rumah baru serta memperbaiki dan menggantikan bot-bot nelayan yang telah musnah amat bermakna kepada mereka," titah baginda sambil merakamkan penghargaan kepada negara-negara sahabat yang melahirkan simpati di atas bencana yang menimpa rakyat Malaysia serta menghulurkan bantuan.
Seri Paduka bertitah kerajaan akan bekerjasama dengan negara-negara di rantau ini untuk membangunkan sistem amaran awal bencana tersebut.

