Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Satu lawan satu tak cukup untuk kalahkan BN’
Diterbitkan:  Jun 21, 2016 6:57 PM
Dikemaskini: 1:47 PM

Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong.

Bagi menewaskan BN, katanya, adalah tugas yang amat berat buat Pakatan Harapan dan mereka tidak mempunyai jalan pintas dengan menggunakan taktik lama atau mengikut cara BN.

"Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.

“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?

"Albert Einstein pernah berkata bahawa takrif kegilaan adalah melakukan perkara sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.

"Kita perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang pengundi benar-benar mahu dan bukannya apa yang ahli-ahli politik dan penganalisis politik mahu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau yakin kunci kejayaan bukan terletak pada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mahupun penubuhan sebuah blok pembangkang tunggal, tetapi dalam melibatkan rakyat dan menulis semula politik Malaysia.

"Sudah pasti untuk mengalahkan Umno/BN adalah tugas berat, walaupun dengan entiti pembangkang tunggal Pakatan Rakyat.

"Berat sebelah institusi terhadap pembangkang bermula dari peringkat awal lagi.

"Peraturan permainan sentiasa ditetapkan oleh Umno/BN, dan mereka juga adalah pengadil serta tiang gol sentiasa diubah untuk disesuaikan dengan kepentingan mereka,” kata Liew.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS