Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tan Sri Razali Ismail pengerusi baru Suhakam
Diterbitkan:  Jun 22, 2016 5:50 AM
Dikemaskini: 9:52 PM

Bekas diplomat Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelantikan anggota baharu Suhakam, iaitu Profesor Datuk Dr Aishah Bidin, Francis Johen anak Adam, Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Godfrey Gregory Joitol, Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Jerald Joseph dan Datuk Lok Yim Pheng.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun (2016-2019), menurut perdana menteri dalam kenyataan akhbar semalam.

Najib berkata menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia 1999 (Akta 597), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suhakam tersebut.

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai pengerusi Suhakam," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS