Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Rakyat mahu MB kerja di Wisma Darulaman bukan hospital'
Diterbitkan:  Jun 23, 2016 5:18 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata, rakyat Kedah perlukan menteri besar mereka menjalankan kerja dari Wisma Darulaman, dan bukan dari Hospital Pulau Pinang.

Mahfuz berkata demikian sebagai merujuk kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempengerusikan mesyuarat exco di Hospital Pulau Pinang kerana sedang menerima rawatan.

Beliau berkata, pihaknya berharap yang terbaik untuk Ahmad Bashah dan berdoa untuk keluarganya dalam masa yang sukar ini, tetapi, rakyat perlu tahu kerajaan negeri Kedah masih dapat berfungsi dengan baik.

"Namun, seluruh rakyat Kedah mengharapkan penjelasan dari pihak hospital tentang keadaan terkini kesihatan dan keupayaan fizikal.

"Berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama kerajaan Kedah akan ditadbir dari wad ICU hospital P.Pinang.

"Ini sangat penting untuk rakyat Kedah kerana mereka mahukan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang MB dari Wisma Darulaman, bukan dari wad ICU hospital," katanya dalam kenyataan.

Tambahan pula, jelas beliau, rakyat tertanya-tanya berapa lama pula Ahmad Bashah perlu bercuti sakit atau berehat selepas keluar dari hospital dan berapa lama masa perlu diambil sebelum boleh kembali bertugas sepenuhnya.

"Saya sangat bersimpati dengan masalah kesihatan MB Ahmad Bashah,namun negeri dan rakyat perlu didahulukan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS