Paling Popular
Terkini

Wartawan Berita Harian (BH) Mohd Hamizar Abd Hamid meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Persiaran Barat di Putrajaya, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mohd Hamizar, 43, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC sebelum terbabit dalam kemalangan berhampiran susur Lebuh Sentosa berdekatan Institut Kanser Negara (IKN).

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira jam 8.10 malam selepas dibawa untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang pada mulanya sedar mengadu sakit di bahagian rusuk kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya.

Beliau berkata kad pengenalan diri tidak ditemui bersama mangsa kecuali pas media NSTP.

"Punca kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS