Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kafir harbi': Tiada menteri akan bersuara, rasa Kit Siang
Diterbitkan:  Jun 26, 2016 11:16 AM
Dikemaskini: 5:53 AM

Tiada seorangpun di kalangan menteri BN dirasakan akan bersuara menentang pengisytiharan 'kafir harbi' oleh mufti Pahang terhadap mereka yang menentang pelaksanaan hudud oleh PAS.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan keraguannya itu setelah membantah kenyataan mufti berkenaan minggu lepas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diselar kerana terus mendiamkan diri.

"Majlis Tertinggi BN hendaklah mengumumkan pendirian BN mengenai kenyataan 'kafir harbi' itu yang bukan sahaja telah melanggar dasar dan konsensus BN, tetapi turut mengancam kesatuan dan perpaduan negara terutamanya dengan merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963.

"[Ini] belum mengambil kira pembangunan negara Malaysia selama 59 tahun dan asas dalam prinsip Rukunegara berhubung usaha menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Nampaknya, tiada seorangpun menteri, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri menuntut agar mufti Pahang menarik balik kenyataan berunsur hasutan dan memusnahkan 'kafir harbi' tersebut.

"Siapakah yang akan menjadi menteri pertama yang akan bersuara untuk menolak dan benar-benar menjarakkan dirinya dari kenyataan tersebut?," tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Jumaat lepas, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, menerusi artikel dalam Utusan Malaysia dilaporkan telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS