Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ambiga: Jika PM bercuti baru tanya saya pasal Lim
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 10:33 PM
Dikemaskini: 2:36 PM

Susulan dua pertuduhan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini berdepan desakan supaya beliau bercuti atau mengosongkan jawatan disandangnya dalam kerajaan negeri.

Ditanya pendiriannya berhubung perkara itu, bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan berkata:

“Tanya saya balik lepas perdana menteri buat (perkara sama).”

Beliau merujuk kepada sikap Datuk Seri Najib Razak berdepan desakan supaya beliau bercuti sehingga siasatan terhadapnya selesai.

“Dalam sebuah demokrasi sebenar, PM patut jadi orang pertama bercuti ketika berdepan dakwaan serius salah laku kewangan kerana tindakan terus menjadi menteri kewangan dan PM tidak dapat dipertahankan.

“Tetapi apa yang kita ada bukan demokrasi tetapi pemerintahan diktator/kleptokrasi.

“PM enggan ikut perkara ini sebaliknya campur tangan secara langsung dengan siasatan terhadapnya,” katanya.

Najib sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.

Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS