Ketika serangan pengganas sedang memuncak di dalam dan luar negara, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk berdiri bersatu menentang tafsiran melampau membabitkan Islam.

Ini termasuk melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi', seperti yang dilakukan oleh Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.

"Malaysia dan dunia mesti berjaga-jaga terhadap tafsiran melampau terhadap Islam, seperti menjadikan Ramadan bulan bagi kesederhanaan diri dan renungan kepada bulan peperangan dan penaklukan, atau lebih dekat di negara ini, mengklasifikasi DAP dan bukan Islam sebagai 'kafir harbi' yang boleh dibunuh.

"Malaysia perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam bermaksud kesederhanaan, keamanan, keadilan, keharmonian dan bukannya pertumpahan berdarah akibat keganasan atau kebencian IS, sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban tafsiran IS seperti doktrin dan ajaran Islam," kata nya dalam satu perutusan Aidilfitri malam tadi.

Dalam kenyataan itu, Lim menarik perhatian bahawa polis pada Isnin lalu telah mengesahkan bahawa serangan bom tangan di Puchong seminggu lebih awal telah dilakukan oleh IS.

Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan, serangan yang didakwa ada kaitan dengan IS dijalankan di seluruh dunia - di Indonesia, Bangladesh, Iraq, Jordan, Yaman, dan Arab Saudi.

"Sambutan Hari Raya 2016 akan diadakan di latar belakang yang sangat suram, di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.

[Baca berita penuh]