Rakyat diseru mengetepikan fahaman politik asing-masing serta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras ancaman kmpulan militan IS, di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki erkata ancaman kumpulan itu bukan bersifat konvensional malah ia mempengaruhi esiapa sahaja untuk bertindak di luar batasan agama dan kemanusiaan.

Justeru, rakyat negara ini perlu bertanggungjawab dan bersatu dalam emerangi ancaman kumpulan pelampau, katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah erbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di kmpleks Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Asyraf Wajdi, yang bertanggungjawab dalam soal agama Islam, berkata demikian ketika mengulas insiden serangan pengebom bunuh diri yang mengorbankan empat pengawal di pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Masjid Nabawi di Madinah, Isnin.

Beliau berkata insiden di Madinah itu merupakan satu manifestasi bahawa keganasan tidak melihat soal agama.

"Apabila agama disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan dan ini yang berlaku di Madinah," katanya.

Katanya rakyat perlu sentiasa peka dengan setiap perkembangan yang berlaku dalam negara dan melaporkan kepada pihak berkuasa sesuatu keadaan yang mencuriagakan di kawasan masing-masing.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang turut hadir pada majlis itu, turut berkongsi pandangan sama dengan meminta rakyat membantu pihak berkuasa keselamatan membendung kegiatan yang mengancam ksselamatan negara.

"Aktiviti militan perlu dikawal pada peringkat awal agar ia tidak merebak sehingga mengugat ketenteraman negara," katanya.

- Bernama