Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Bukit Gelugor desak polis maklum siasatan rosakkan kuil
Diterbitkan:  Jul 11, 2016 4:25 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bimbang terhadap siri merosakkan kuil di Pulau Pinang dan menggesa pihak polis memaklumkan perkembangan siasatan kepada orang ramai.

"Kemusnahan tiga patung dewa di Kuil Sri Muneeswarar di Jalan Tengku Kudin, Gelugor semalam adalah membimbangkan, kerana (perbuatan) itu mungkin lebih daripada sekadar vandalisme," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kejadian semalam adalah keempat melibatkan sebuah kuil Hindu di Penanti dan Seberang Perai yang dirosakkan dalam tempoh dua bulan lepas. Manakala satu lagi kuil di Sungai Nibong Kecil mengalami nasib yang sama minggu lalu.

Beliau berkata April ini sebuah kuil Hindu di Ipoh juga telah dirosakkan, walaupun pelaku dalam kejadian itu telah didakwa.

"Kejadian yang dinyatakan menunjukkan trend yang membimbangkan toleransi kaum, terutamanya di Pulau Pinang, yang berpotensi mencetuskan perbalahan kaum yang serius di kalangan pelbagai kaum yang hidup aman dan harmoni di negara ini selama beberapa dekad.

"Saya menggesa OCPD Georgetown Mior Faridalathrash Wahid menyatakan status dan siasatan bukan sahaja kejadian ini, tetapi juga hubungannya dengan insiden lain yang disebutkan kerana insiden itu tidak boleh diterima walaupun sedikit ," kata Ramkarpal.

Semalam Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy mengeluh kerana tidak mampu mendapatkan banyak maklumat mengenai mereka yang melakukan pelbagai insiden berkenaan.

"Ini adalah kes keempat tetapi kita masih tidak tahu banyak tentang perbuatan yang merosakkan sebelum ini," kata Ramasamy.

Ramkarpal sementara itu ditanya sama ada undang-undang pada masa ini adalah mencukupi untuk menangani isu berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS