DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa pendakwaan politik.

Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?

Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di kalangan pengundi tegar Umno.

Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.

Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?

“Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.

Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.

Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.

Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.

“Kerana, di akhirnya, rakyat akan menghakimi berdasarkan janji-janji mereka,” katanya.

Pada 2008, BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen buat kali pertama dan gagal di tempat negeri – Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Mustafa berkata, Jika pilihan raya mengejut dibuat, DAP Pulau Pinang akan berdepan seluruh jentera kerajaan, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum.

BN juga mempunyai kelebihan susulan tiada lagi kerjasama DAP dan PKR bersama PAS – parti pembangkang berpengalaman.

Sementara itu, pengendali tinjauan awam Ibrahim Suffian berkata pengundi lebih berminat terhadap persoalan dasar, bukan kelangsungan politik Lim.

“Pengundi sudah semakin menuntut (apa yang mereka mahu), lebih canggih,” katanya.

Lim sedang berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.

DAP dan penyokongnya bagaimanapun mendakwa terdapat helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal perdana menteri.
DAP negeri pula sedang mempertimbang untuk mengadakan sebuah pilihan raya mengejut.

[Baca analisis penuh]