Kenapa 'terminal Frankenstein' tak tepat untuk KLIA2
Ketua Kumpulan Air Asia Tony Fernandes semalam menyifatkan lapangan terbang KLIA2 sebagai 'terminal Frankenstein' yang “tidak premium dan tidak pula tambang murah”.
Ia dibuat di tengah-tengah kemelut AirAsia, pengendali terbesar i KLIA2, dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang enggan menjenamakannya semula sebagai terminal tambang murah.
Seorang anggata parlimen pembangkang bagaimanapun berkata kenyataan Tony itu 'tidak sesuai' kerana “tiada siapa pun tahu raksasa (Frankenstein) ini patut jadi macam mana”.
“Jika apa yang MAHB kata dalam kenyataan terbaru, bahawa ia bukan terminal kos murah itu betul, apa syarikat penerbangan tambang murah buat di sana?” soal anggota parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dilaporkan berkata, beliau tidak kisah KLIA2 dipromosikan sebagai lapangan terbang tambang murah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan hakikatnya ia bukan terminal jenis itu.

