Ketua Penerangan PKR (AMK), Lee Chean Chung enggan memohon maaf berhubung tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin memperoleh sekurang-kurangnya RM321,000 berkenaan urusniaga tanah.

Keputusan tersebut dibuat selepas Hasan mengeluarkan surat kepada Lee pada 24 Jun yang menuntut ADUN Semambu itu memohon maaf dalam tempoh 14 hari.

Jika gagal berbuat seperti dipinta, Hasan berkata, beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap Lee dan menuntut sebanyak RM5 juta sebagai ganti rugi.

"Selepas berbincang dengan peguam, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan memohon maaf," kata Lee semasa sidang akhbar, hari ini.

[Baca berita asal]