MCA hari ini mendakwa kerajaan negeri gagal membayar RM70,000 kepada Majlis Klan Cina, Pulau Pinang selepas penganjuran bersama sambutan Tahun Baru Cina awal tahun ini.

Ketua, Pasukan Petugas Komtar MCA, Tan Hing Teik mendakwa majlis itu hanya menerima RM10,000 daripada jumlah RM80,000 yang telah dijanjikan untuk membiayai acara itu yang diadakan pada Februari lalu.

"Bukan sahaja mereka cuma membayar 12.5 peratus daripada peruntukan kepada majlis itu, tetapi akaun Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang adalah merragukan," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwanya, ini, jawatankuasa sambutan Tahun Baru Cina Pulau Pinang - penganjur utama acara itu sebelum tahun ini - sentiasa mendapat kutipan berlebihan yang kemudiannya didermakan kepada badan amal.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri "merampas" acara tahun ini dan menganjurkannya bersama majlis klan Cina, kata Tan.

Beliau mendakwa majlis itu mengalami kerugian pada tahun ini, dan mempersoalkan jika wujudnya unsur rasuah.

Tan menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan perkara itu atau menghadapi risiko dituduh "berkonspirasi untuk menipu" orang ramai.

Beliau juga mendakwa bahawa pentadbiran negeri telah meminggirkan warisan budaya Cina di Pulau Pinang dan menyediakan lebih banyak dana untuk hal ehwal Islam.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa sambutan Tahun Baru Cina Pulau Pinang, Ng Wei Aik, berkata adalah pembaziran masa untuk mengulas lanjut.

Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar semalam, Ng berkata baki peruntukan RM70,000 akan dijelaskan kepada majlis berkenaan seperti yang dijanjikan.

[Baca berita penuh]