Tuntutan China ke atas beberapa kepulauan dan terumbu di Laut China Selatan hari ini dinafikan oleh sebuah tribunal antarabangsa, dalam kes pertikaian wilayah yang dibawa oleh Filipina berhubung kawasan yang kaya dengan sumber asli itu.

Beijing bagaimanapun berkata ia tidak mengiktiraf Mahkamah Tetap Timbangtara (PCA) di The Haque, Belanda.

"Oleh kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa, sebarang keputusan yang dibuatnya adalah secara semula jadi batal dan tidak sah,"kata agensi berita Xinhua.

Filipina mendakwa bahawa Kepulauan Spratly dan Terumbu Scarborough adalah sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusif di bawah Konvensyen PBB mengenai undang-undang laut.

Kedua-dua kawasan itu terletak di dalam wilayah yang dituntut oleh China yang dikenali sebagai ‘sembilan-sempang’ juga meliputi kawasan yang dituntut oleh beberapa negara berdekatan.

Dalam keputusan hari ini, Mahkamah Tetap Timbangtara memutuskan China tidak mempunyai ‘hak sejarah’ terhadap Laut China Selatan kerana tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut kawasan perairan itu.

[Baca berita penuh]