Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan 'V' kepada orang awam bermula esok hingga 28 Julai ini.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baru bermula dengan huruf 'V'.

"Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf 'W' yang digunakan sebelum ini," kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan dan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman sesawang JPJ di http://www.jpj.gov.my/

- Bernama