Pulau Pinang meminta tarikh bagi bertemu dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan kelulusan membina jambatan ketiga menghubungkan Gurney drive dengan Butterworth.

"Tujuan perjumpaan adalah berkaitan pelan tindakan bagi negeri mendapatkan kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk jambatan ketiga, yang kita mahu laksanakan 2027," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Fadillah semalam bahawa kementerian itu masih belum menerima apa-apa dokumen berkaitan dengan permintaan Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga.

Kementerian juga meminta Pulau Pinang mengemukakan kajian kemungkinan bernilai RM305 juta yang dijalankan ke atas terowong dan tiga lebuh raya di pulau itu.

Lim berkata kerajaan negeri merancang untuk meningkatkan perhubungan dengan memperluaskan peluang ekonomi dan membawa pembangunan yang seimbang antara pulau dan tanah besar.

Tetapi pembinaan jambatan ketiga memerlukan kelulusan kerajaan pusat, katanya.

"Kelulusan ini adalah sukar diperoleh kerana setiap surat yang dihantar oleh kerajaan negeri kepada perdana menteri belum dijawab, sehingga menteri Fadillah (foto) membangkitkan sendiri isu itu," kata Lim.

Lim berkata Fadillah sedar bahawa terdapat rancangan bagi terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive dengan Butterworth, dan kos RM3.6 bilion akan dibayar oleh kerajaan negeri.

Beliau mengingatkan Fadillah bahawa konsesi untuk membina terowong itu telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG-melalui tender terbuka.

Ini walaupun hakikat bahawa pembinaan, pengurusan dan pelaksanaan kos terowong adalah lebih tinggi daripada jambatan ketiga, dan tol yang akan dikutip selama 30 tahun.

[Baca berita penuh]