Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CCTV dipasang kesan penduduk buang sampah
Diterbitkan:  Jul 17, 2016 6:25 AM
Dikemaskini: 10:32 PM

Beberapa kamera litar tertutup (CCTV)akan dipasang di kawasan flat Taman Teluk Indah, Perai di Butterworth bagi mengesan penduduk yang membuang sampah di merata-rata.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata CCTV itu akan dipasang dalam tempoh terdekat.

"Ini bukan masalah baru sebaliknya masalah sampah di merata-rata di sekitar kawasan dua buah flat di taman itu telah lama berlaku dan pihak pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai juga beberapa kali turun padang untuk menyelesaikannya.

"Tetapi sehingga hari ini penduduk di sini masih degil dan enggan memberikan kerjasama dengan membuang sampah ke dalam tong yang telah disediakan di setiap tingkat dan kawasan sepatutnya," katanya dalam sidang akhbar di Butterworth semalam.

Katanya menerusi rakaman CCTV, MPSP boleh mengenakan kompoun ke atas penduduk di situ yang masih degil membuang sampah merata-rata dan tindakan lebih tegas akan dikenakan mereka jika terus berbuat demikian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS