MAS capai persetujuan selesai ganti rugi mangsa MH17
Diterbitkan: Jul 18, 2016 10:47 AM | Dikemas kini: Jul 18, 2016 11:20 AM
Malaysia Airlines telah mencapai persetujuan pada Ahad untuk menyelesaikan tuntutan gantirugi bagi kebanyakan mangsa penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dua tahun lalu, lapor badan penyiaran nasional Belanda NOS.
NOS memetik Veeru Mewa, peguam yang mewakili mangsa warga Belanda. Di bawah Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan perlu membayar ganti rugi sehingga kira-kira 130,000 euro ($145,000) kepada keluarga mangsa, tanpa mengambil kira situasi kemalangan.
MH17 ditembak jatuh di wilayah dikuasai pasukan pemisah pro-Rusia, membunuh semua 298 penumpang dan krew. Kebanyakan penumpang adalah rakyat Belanda.
- Reuters
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.