Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Caj parkir di Kuala Lumpur naik 150 peratus
Diterbitkan:  Jul 18, 2016 12:05 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Bermula hari ini, orang ramai yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyaksikan caj yang meningkat sehingga 150 peratus.

Antara kawasan yang terbabit dengan kenaikan itu termasuk di Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Caj tempat letak kenderaan setiap jam di pusat bandar komersial pula dinaikkan daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama.

Kadar caj juga dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 untuk jam berikutnya.

Ini bermakna jika meletak kenderaan dari 7.30 pagi hingga 6 petang, maka pengguna terpaksa membayar sebanyak RM32 sehari.

Bagaimanapun, tempoh parkir maksimum dua jam, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan belum dilaksanakan.

Pada 2 Julai lalu, menteri itu berkata, tempoh dan kadar baru itu bertujuan mengelakkan kesesakkan lalu lintas selain merupakan satu inisiatif kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Menurut Tengku Adnan, jika ada pengguna yang ingkar tindakan mengunci atau menunda kenderaan berkenaan akan dilakukan penguatkuasa DBKL.

Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membidas "kerajinan" menteri Umno itu yang membantu operator meter parkir memperoleh keuntungan segera melalui pelaksanaan sistem baru mulai 16 Julai ini.

Kata Lim, Tengku Adnan juga wajar menyatakan apakah kepentingan beliau melaksanakan dasar berkenaan yang disifatkan sebagai "tergesa-gesa" tanpa perbincangan dengan
mana-mana persatuan peniaga, pekedai atau orang awam yang bekerja di kawasan terbabit.

Tahun lalu, DBKL telah melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di Kuala Lumpur.

YWP memperkenalkan sistem letak kereta baru dan maju dikenali sebagai sistem CCP (City Car Park).

Di bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.

 

Lihat Komen
ADS