Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kerajaan tidak berhasrat mengawal selia Badan Peguam melalui pindaan Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976.

Katanya, pindaan itu selaras dengan Seksyen 42 (1) (I) akta itu untuk “memajukan hubungan baik dan pergaulan sosial di kalangan ahli dan antara ahli dengan orang lain yang terlibat dalam pentadbiran undang-undang dan keadilan di Malaysia”.

Beliau bagaimanapun mengingatkan badan itu supaya berpegang kepada tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan profesyen undang-undang yang melibatkan lebih 17,000 anggota.

“Saya berharap Majlis Peguam terus memainkan peranannya secara professional dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya.

“Saya ingin tegaskan bahawa cadangan pindaan kepada LPA ini juga tidak mengganggu gugat integriti dan kebebasan peguam,” katanya.