Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penganalisis: PKR boleh hilang kerusi Melayu P Pinang

PKR dan pembangkang menghadapi risiko kehilangan sebahagian kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri diadakan, kata seorang penganalisis politik.

Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Faisal Hazis berkata ini yang akan terjadi jika pembangkang masih berpecah dengan PAS berada di luar gabungan.

"Jika status quo kekal, kita akan lihat pertembungan pelbagai penjuru di kerusi Melayu dan ini bukan merupakan petanda baik bagi PKR dan pembangkang," katanya kepada Malaysiakini.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengadakan pilihan raya umum di tengah-tengah desakan supaya beliau meletak jawatan berikutan tuduhan rasuah terhadapnya.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih belum dapat diyakini untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

Faisal berkata potensi kehilangan kerusi adalah salah satu senario yang sedang dipertimbangkan PKR.

Ditambahkan perasaan penat di kalangan orang ramai dengan pilihan raya dan politik pembangkang, ada kemungkinan pembangkang hanya menang di Pulau Pinang dengan majoriti lebih kecil berbanding pilihan raya 2013.

PKR kini mempunyai 10 kerusi dan PAS satu kerusi manakala DAP memiliki 19 kerusi.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya tidak bersetuju dengan Faisal dan percaya PKR akan berada di kedudukan yang mantap.

Beliau meramalkan sokongan simpati DAP akan melimpah kepada PKR.

Beliau juga berkata, PKR masih boleh mendapatkan undi penyokong PAS, yang tidak semestinya berkongsi sentimen sama seperti orang di Kedah atau Kelantan ekoran hubungan rapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno.

Lihat Komen
ADS