Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi: Tunggu satu lagi 'skandal kewangan melampau'
Diterbitkan:  Jul 20, 2016 5:05 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli merancang untuk mendedahkan apa yang beliau gelar sebagai "satu lagi skandal kewangan melampau" yang melanda negara.

"Tunggu dan lihat," kata ahli Parlimen Pandan itu di Twitter sambil menambah beliau dijangka akan ditangkap lagi atas isu itu.

Beliau kemudian menjawab seorang pengguna Twitter yang bertanya kepadanya "Skandal macam mana tu YB. Tabung ke lembu, ayam/ itik/ kambing atau kampeni (syarikat)".

Rafizi menjawab: "HA3 (ketawa) kamu tunggu. Tetapi cukup keterlaluan. Saya fikir orang akan marah".

Pemimpin PKR itu juga bergurau dengan mengatakan walaupun kerap ditangkap polis, beliau gagal mengurangkan berat badan.

Rafizi berkata, beliau akan menulis kepada ulama terkemuka dunia bagi menjelaskan latar belakang skandal tersebut dan meminta mereka mengeluarkan fatwa.

"Tiba masa keluar fatwa pasal skandal rasuah," katanya.

Ditanya pengguna Twitter lain mengapa bukan orang lain mendedahkan skandal itu, Rafizi yang kini berada di London menjelaskan dua sebab mengapa ia tidak mungkin dilakukan.

"Oleh kerana (1) media tidak boleh menutupinya; isu kredibiliti, (2) mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap orang baru (yang mendedahkan skandal itu," katanya.

Ketika dihubungi kemudian, Rafizi enggan mengulas lanjut mengenai skandal itu buat masa sekarang.

Dalam perkembangan berasingan, pemimpin PKR itu juga menyindir Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, yang sering mengkritik DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata satu kempen sepatutnya dilancarkan untuk memujuk Tan, yang dia disifatkan sebagai "wira No 1" Gerakan bagi bertanding menentang Lim jika satu pilihanraya kecil di Pulau Pinang diadakan.

Lihat Komen
ADS