BERITA

Rahman: Nama PM langsung tak disebut

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Jul 2016, 2:33 tengahari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB kerana siasatan itu langsung tidak mengaitkan nama beliau.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dana pelaburan kerajaan itu.

"Kalau ada mana-mana pihak yang bersalah dalam siasatan ini, mereka perlu dihukum, tetapi yang paling penting ialah dalam dokumen yang telah dikeluarkan itu, perdana menteri tidak dilibatkan dalam siasatan itu.

"Malah, nama perdana menteri langsung tidak disebut," katanya pada sidang akhbar yang diadakan sempena lawatan sulung beliau ke pejabat Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Talent Corp Malaysia Bhd di Petaling Jaya hari ini.

Abdul Rahman berkata siasatan itu adalah saman sivil, penyiasatan sivil kerana Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang cuba meyakinkan mahkamah untuk merampas aset berkenaan.

"Jabatan Kehakiman Amerika hanya menyiasat aset-aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang yang tidak halal," katanya.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.