Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar maut disyaki akibat kencing tikus
Diterbitkan:  Jul 22, 2016 6:07 AM
Dikemaskini: 10:43 PM

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua meninggal dunia awal pagi semalam disyaki akibat jangkitan kencing tikus selepas mandi di pusat rekreasi Bukit Wang, Jitra.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang itu dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada jam 5.45 pagi kelmarin selepas empat hari demam, sakit otot dan sendi serta muntah.

"Beliau turut mengalami batuk berdarah sebanyak lima hingga enam kali dan sesak nafas sehari sebelum dimasukkan ke hospital.

"Keadaan mangsa semasa diterima di Jabatan Kecemasan dalam tenat dan diberikan bantuan pernafasan dengan serta-merta. Mangsa terus dimasukkan ke wad rawatan rapi bagi penjagaan pakar," katanya dalam kenyataan semalam.

Norhizan berkata, mangsa mengalami pendarahan pada paru-paru serta mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.45 pagi.

"Pemeriksaan serta ujian awal menunjukkan tanda dan gejala penyakit leptospirosis atau kencing tikus.

"Maklumat awal katanya mangsa bersama rakan-rakan pernah mandi di Bukit Wang, namun Jabatan Kesihatan sedang jalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pergerakan sebenar mangsa," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS