Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno lompat parti? Karut, kata Syed Ali
Diterbitkan:  Jul 25, 2016 3:46 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Pengerusi Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menganggap laporan kononnya pemimpin kanan Umno dan menteri kabinet akan berpaling tadah berikutan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika ke atas aset berkaitan 1MDB sebagai karut dan tidak masuk akal.

“Ini berita karut, provokasi dan propaganda pihak tertentu untuk mengabui mata rakyat khususnya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi,” tulisnya dalam blog hari ini.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ada kalangan pemimpin Umno ‘telah berbincang’ dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai amat meragukan dan menafikan bahawa skandal 1MDB telah melemahkan Umno.

Syed Ali menggesa ahli-ahli parti tidak terpedaya dengan laporan South China Morning Post mengenai perkara itu dan menaruh keyakinan bersama pemimpin mereka.

Akhbar Hong Kong hari ini memetik bekas editor politik New Straits Times Firdaus Abdullah sebagai meramalkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang.

"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," Firdaus dilaporkan berkata.

Beliau berkata, Umno dalam keadaan gundah-gulana selepas DOJ memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas berbilion-bilion set yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS