Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim ingatkan PKR, bincang tapi jangan sampai tahun depan
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 3:52 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, PKR tidak seharusnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membincangkan isu pilihan raya mengejut di Pulau Pinang kerana ia akan menjadi "tidak praktikal”.

"Kita akan terus berbincang dan meyakinkan PKR mengenai cadangan kami mengadakan pilihan raya mengejut, dan ini adalah berdasarkan (prinsip) saling menghormati dan saling mempercayai,” kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP di pejabatnya di George Town hari ini.

Beliau mengulas keputusan PKR yang tidak yakin dengan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Ditanya tempoh yang beliau bersedia untuk menunggu keputusan PKR, Lim berkata "tidak terlalu panjang" tetapi menambah bahawa tidak sehingga tahun depan.

Beliau juga berkata DAP tidak akan menetapkan tarikh akhir untuk mendapatkan keputusan PKR itu.

"Saya akan terus menunggu dan bertemu dengan PKR untuk membincangkan perkara itu. Saya kata kita akan membuat keputusan secara konsensus dan bukan secara unilateral.

"Ada sesetengah pihak yang kata kita perlu lakukan ini secara unilateral, tetapi saya rasa tidak harus membuat keputusan seperti itu dan kita perlu mengukuhkan Pakatan Harapan berdasarkan konsensus."

Menurut Lim, Pakatan Harapan mesti mematuhi amalan sebelum ini iaitu membuat keputusan berdasarkan konsensus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS