Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sri Ram: AG patut jujur, tak takutkan kuasa
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 2:25 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Peguam negara (AG) menjadi harapan awam untuk bertindak jujur tanpa takut pada tampuk kuasa dalam menegakkan undang-undang, kata peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata, sebagai penjaga kepentingan awam, AG patut bertindak tanpa pilih kasih terhadap sanak saudara, rakan-rakan, mahu pun penyokongnya.

“Masyarakat awam, yang beliau bertindak sebagai penjaga kepentingan mereka, mempunyai hak untuk menjangkakan beliau bertindak jujur, tanpa gerun terhadap tokoh-tokoh nasional dan tempatan.

Undang-undang dan perlembagaan memberikan AG kuasa eksklusif dalam mengawal hal ehwal jenayah secara jujur dan profesional.

Sri Ram berkata AG perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang supaya tidak berlaku keadaan anarki dan mempertahankan standard kehidupan awam.

Beliau berkata demikian dalam penghujahan untuk semakan kehakiman yang dikemukakan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid mencabar keputusan AG Tan Sri Apandi Ali tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan kontroversi 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Mahkamah dikemukakan persoalan sama ada pejabat peguam negara bertindak susulan langkah itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS