Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salleh Said Keruak dilantik bendahari Umno
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 7:47 PM
Dikemaskini: 11:49 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai bendahari Umno menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak jawatannya dalam parti pada Jun lepas.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn hari ini.

Beliau memberitahu sidang akhbar: "Mesyuarat Umno hari ini dimulakan dengan majlis mengangkat sumpah bendahari Umno baru. Tahniah Datuk Seri Salleh."

Pada masa sama, presiden Umno itu menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Husni yang, menurut beliau, telah sekian lama menjalankan tangungjawab sebagai Bendahari dengan begitu baik dan penuh integriti.

Salleh, ketika ditemui pemberita, menyatakan penghargaannya kepada presiden parti dan anggota MT atas pelantikan itu.

Salleh berkata beliau berazam untuk menjalankan tugas sebaik mungkin demi meneruskan kelangsungan parti.

"Saya adalah seorang pemimpin yang bekerja sebagai satu pasukan dan apapun yang saya lakukan berdasarkan garis panduan yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan presiden," katanya.

Pada Jun lepas, Najib ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS