Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan bakar mercun ketika perlawanan Piala M'sia
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 4:16 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun kerana memiliki dan membakar mercun ketika perlawanan Piala Malaysia antara Melaka United dan Felda United di Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan pada pukul 10.15 malam oleh anggota polis yang memantau perlawanan di Stadium Hang Jebat di Krubong.

"Ketika menjalankan tugas, seorang anggota mendengar satu letupan (disyaki) mercun di tingkat tiga stadium sebelum bergegas untuk melakukan pemeriksaan.

"Anggota berkenaan kemudiannya ternampak seorang lelaki sedang memegang satu pemetik api dan sebiji mercun sebelum bertindak menahannya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis merampas pemetik api tersebut serta empat biji mercun berbentuk bola kecil daripada lelaki yang berasal dari Bukit Katil itu dan menyiasatnya di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

- Bernama

Lihat Komen
ADS