Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga diesel naik 10 sen, RON95 dan RON97 kekal
Diterbitkan:  Jul 31, 2016 9:07 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Harga diesel naik 10 sen, menjadikannya RM1.70 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, minyak petrol jenis RON97 dan RON97, masing-masing kekal pada harga RM1.75 dan RM2.10 seliter.

Harga minyak diesel, RON95 dan RON97 semua naik 5 sen bulan lepas - pertama seumpamanya sejak bulan April.

Kerajaan menetapkan harga minyak di pasaran menerusi kaedah apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor termasuk harga minyak mentah global dan kekuatan mata wang negara dalam beberapa bulan terkebelakang.

Harga minyak mentah Brent berapa di paras serendah AS$36 setong pada bulan Mac sebelum meningkat secara berperingkat kepada sekitar AS$48 pada bulan April.

Ia kemudianya menurun kepada AS$42 setong pada minggu ini manakala matawang tempatan berlegar-legar di paras RM4.03 bagi setiap dolar Amerika.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS